MENGAKUI bertuah terpilih sebagai protege kepada penyanyi dan pensyarah vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, peserta Mentor 7, Lazarul tekad untuk beraksi sebaik yang mungkin agar tidak mengecewakan mentornya.
Mengulas tentang status dirinya yang telah bergelar suami dan bapa kepada seorang anak, Lazarul tidak pernah melihat ia sebagai satu halangan untuknya terus mengejar misinya dalam program ini.
Iklan
Iklan
"Saya tidak pernah meletakkan kebimbangan tentang status saya untuk sama-sama bersaing dalam program ini kerana saya percaya zaman sekarang orang lebih realistik dan tahu bezakan antara kerjaya dan personal.
"Datuk Syafinaz juga tidak melihat kepada status saya, kerana percaya bakat mengatasi segala-galanya.
"Namun dia ada beri amaran, malah sering mengingatkan saya agar sentiasa jaga tingkah laku dan status sebagai seorang yang telah bergelar suami dan bapa,” akuinya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Persaingan sengit protege Aizat, Syafinaz]
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Lazarul dan Syafinaz pernah bekerjasama ketika bergelar ahli Koir Kebangsaan Malaysia (KKM) selama hampir 10 tahun sebelum mengundurkan diri tiga tahun lalu.
Artikel Berkaitan