Mat Sabu dilantik Penasihat KAFA

Iklan
Mohamad Sabu

[DIKEMASKINI] PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk itu berkuat kuasa kelmarin.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook Kelantan FA semalam, persetujuan tersebut dicapai selepas Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur kelmarin.

Iklan
Iklan

"Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.

"Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak akan mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan," katanya.

Iklan

Wan Abdul Rahim yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan dipilih sebagai Presiden KAFA bagi penggal 2019/2013 dalam kongres agung luar biasa (EGM) persatuan itu pada 6 Julai lalu.

EGM KAFA diadakan selepas exco sebulat suara bersetuju menerima desakan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Kelantan ekoran kemerosotan prestasi skuad The Red Warriors (TRW) dan peletakan jawatan bekas presiden, Bibi Ranjani Ilias Khan.

Iklan

Selepas pelantikan itu, Wan Abdul Rahim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wan Rahim mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dalam badan induk bola sepak negeri Kelantan itu terutamanya melibatkan masalah hutang lapuk.

Difahamkan, KAFA telah membuat pembayaran tunggakan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berperingkat bagi melancarkan proses pelesenan kelab yang perlu diselesaikan sebelum 31 Oktober ini.