Chang'e 4 sedia mendarat di bulan

Iklan
Seorang pekerja memeriksa model skala 1:8 Chang'e-4.

BEIJING - CHINA. China sedang bersiap sedia untuk membuat percubaan pertama pendaratan kenderaan robotik di bahagian gelap bulan.

Kenderaan perayau statik itu membawa rangkaian peralatan yang direka untuk mencirikan permukaan geologi bulan tersebut termasuk melakukan eksperimen biologi.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa hari lalu, kapal angkasa Chang'e-4 telah merendahkan orbitnya sebagai persediaan untuk mendarat.

Akhir minggu lalu, media tempatan melaporkan Chang'e 4 sudah memasuki laluan elips sekitar bulan, sekali gus membawa kenderaan itu pada jarak 15 kilometer dari permukaan bulan pada titik terdekatnya.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan masa sebenar ia akan mendarat di kawah Von Karman tersebut. - BBC