TUMPAT - Luluh hati seorang ibu melihat anaknya yang dulu ceria tiba-tiba tidak boleh bercakap dan lumpuh sejak lapan bulan lalu.
Mohd Hakim Nazere Roslan, 13, terpaksa melupakan alam persekolahan dan terbaring di atas tilam di Kampung Haji Merah, Palekbang di sini.
Lebih menyedihkan, jika lapar, sakit dan mahu membuang air kecil, Mohd Hakim Nazere hanya menggerakkan jari telunjuknya sebagai isyarat untuk memberitahu ibunya.
Ibunya, Hayati Ibrahim, 48, berkata, penyakit yang tidak diketahui puncanya telah meragut suara dan fungsi tangan serta kaki anaknya sekelip mata.
"Dalam tempoh singkat sangat ia berlaku, mulanya alahan gatal di celah jari pada Mac tahun lepas.
"Lima hari kemudian dia demam teruk selepas pulang dari sekolah, langkah jalannya dan tutur percakapannya menjadi perlahan. Saya bawanya ke unit kecemasan Hospital Tumpat dan dimaklumkan demam biasa.