Turun laut buat ‘belat’

Iklan
Antara lokasi yang terkenal dengan pengalaman indah.

TANJUNG DAWAI - Kampung Bagan Belat merupakan salah satu perkampungan nelayan di Tanjung Dawai, Kedah.

Selain Kampung Bagan Belat terdapat beberapa buah kampung lain antaranya Kampung Huma, Perumahan Awam Fasa 1 dan 2, Kampung Masjid, Kampung Kepala Tanjung dan Kampung Bagan Asam.

Iklan
Iklan

Menurut penduduk asal Tanjung Dawai, Che Azmi Ismail, 68, berkata, terdapat penempatan baharu yang dibina buat penduduk suatu ketika dahulu sebagai kemudahan termasuk Kampung Nelayan, Kampung Keda, Penempatan Rumah Panjang dan paling terbaharu ialah Projek Perumahan Nelayan.

"Disebabkan kedudukan yang paling hampir dengan perairan, jadi lebih 90 peratus penduduk bekerja sebagai nelayan yang menjadi sumber pendapatan utama.

Iklan

Buat Belat di laut

"Dulu-dulu orang kata, depa turun laut buat ‘belat’ yang merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menangkap ikan.

Iklan

"Belat ni boleh dikatakan sebagai alat bantuan yang diperbuat menggunakan kayu atau buluh dipacak macam pagar dan mempunyai lorong-lorong tertentu bagi memudahkan ikan masuk ke dalamnya yang akhirnya terperangkap.

"Itu sekitar tahun 40-an yang diceritakan zaman datuk nenek kepada kami, tetapi nama Bagan itu tidak pula diketahui cerita asalnya bagaimana,” jelasnya.

Tempat makan paling menarik di Tanjung Dawai.

Bagaimanapun, perkataan ‘bagan’ melalui kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menunjukkan ia bermaksud tiang-tiang rumah yang baharu didirikan ataupun tiang dan palang pada para tempat menjemur ikan.

Berdasarkan maksud itu, boleh diandaikan, besar kemungkinan nama Kampung Bagan Belat diperolehi berdasarkan daripada kegiatan utama penduduk kampung yang menangkap hasil laut serta mengusahakannya sebagai kegiatan ekonomi setempat.

Jual hasil laut

Berdekatan Kampung Bagan Belat, didirikan Arked Tanjung Dawai yang menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan hasil laut yang diproses.

Antaranya ialah keropok ikan, udang kering, ikan masin, belacan, makanan ringan berasaskan hasil laut, hasil-hasil kraftangan serta pelbagai jualan lain.

Menurut Che Azmi, suatu ketika dahulu, Tanjung Dawai terkenal dengan kecantikan pesisiran pantai yang bersih dan indah menjadi tarikan pelancong.

Kegiatan penduduk Kampung Bagan Belat kebanyakannya mengusaha hasil laut.

"Terdapat perkhidmatan bot penambang yang menyediakan perkhidmatan air untuk bersiar-siar ataupun ke Pantai Merdeka yang berjarak lebih kurang dua kilometer menggunakan laluan air,” katanya.

Rancangan projek jambatan Tanjung Dawai-Pantai Merdeka

Ketika menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dari tahun 1999 hingga 2004, Che Azmi pernah mencadangkan projek pembinaan jambatan menghubungkan kedua-dua lokasi pelancongan iaitu Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka.

"Kerajaan ketika itu luluskan projek pembinaan jambatan sejumlah RM360 juta bagi menghubungkan kedua-duanya sekitar tahun 90-an, namun digantikan dengan projek lain.

"Namun, sekiranya dilaksanakan, ia mampu menarik pelabur ke Kedah sekaligus membawa pelancong dari Pulau Pinang ke negeri Jelapang Padi ini atas faktor jarak yang telah dipendekkan,” katanya.