Lagi mangsa dipindahkan di Perak akibat banjir

Iklan
Hujan berterusan selama hampir lima jam mengakibatkan limpahan air sungai berlaku.

TAPAH - Banjir di beberapa kawasan di Perak mengakibatkan 45 rumah penduduk ditenggelami air sedalam hampir 1.2 meter di Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai hari ini.

Keadaan itu berlaku selepas hujan lebat berterusan hampir lima jam sejak jam 6.45 petang semalam.

Iklan
Iklan

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 47 mangsa melibatkan 30 keluarga dipindahkan sejak jam 11.30 malam tadi.

Hujan berterusan selama hampir lima jam mengakibatkan limpahan air sungai berlaku.

"Kesemua mereka kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru.

Iklan

"Masih terdapat air bertakung di kawasan rendah namun keadaan banjir semakin surut. Hanya sembilan rumah masih ditenggelami air," katanya.

Terdahulu, empat keluarga melibatkan 21 mangsa di Trolak Pekan dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Iklan

Kesemua mangsa yang ditempatkan sementara di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Sungai Siput kekal kepada 49 mangsa dan ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat, Lintang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba cuci sekolah, balai polis

SK Lintang ditutup akibat banjir teruk