Sambut baik pemansuhan peperikasaan Tahap 1

Iklan
Dr Mohamad Erhan Rahimi Ab Rahman

KUANTAN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Daerah Bentong menyokong keputusan pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahun 1 hingga 3.

Yang Dipertuanya, Dr Mohamad Erhan Rahimi Ab Rahman berkata, ini cadangan itu sesuai kerana pendidikan di sekolah rendah sepatutnya tidak terlalu awal ditekankan dengan peperiksaan awam.

Iklan
Iklan

"Keadaan semasa murid-murid terlalu berorientasikan peperiksaan akan mengalami tekanan.

"Murid-murid hendaklah merasakan suasana persekolahan yang seronok dan membangunkan watak sejati, positif, mesra sosial dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Iklan

Mohamad berkata, walaupun tidak diadakan peperiksaan awam, satu kaedah yang bercorak penilaian berterusan di peringkat sekolah perlu dilaksanan bagi memastikan keupayaan murid khususnya membabitkan membaca,menulis, mengira dan memikir (4M)

Menurutnya, perkara itu juga perlu dilaksanakan dalam keseronokan.

Iklan

"Kaedah ini dapat menyuntik penyelarasan kaedah pentaksiran dalam darjah dan selaras melahirkan pendidikan holistik seperti dalam Pelan Pendidikan Malaysia semasa,” katanya.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Bentong, Bukhari Jumaat berkata keputusan dibuat pihak kementerian merupakan tindak balas aduan orang ramai mengenai sistem pendidikan yang terlalu berorienstasikan peperiksaan.

Beliau berharap Kementerian Pendidikan memberik penerangan lanjut supaya masyarakat dapat memahami aspirasi baharu kerajaan itu.

"Berdasarkan infografik yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, lima fokus digariskan berkenaan pelaksanaan PBD tahap satu iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul dan pengamalan nilai rutin harian.

"Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) telah wujud dalam kurikulum prasekolah dan sekolah rendah, kemahiran menaakul pula dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) manakala pengamalan nilai rutin harian juga sudah diterapkan dalam subjek seperti Bahasa Melayu, Moral dan Pendidikan Islam," katanya.