BAITULMAQDIS - Lebih 750 pendatang Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa menerusi pintu al-Magharibah semalam.
Laporan Pusat Maklumat Palestin memetik kenyataan sumber tempatan menyebut, kehadiran mereka turut diiringi pasukan keselamatan Israel.
Iklan
Iklan
Tambahnya, pendatang terbabit dipecahkan kepada sembilan kumpulan sebelum bergerak menuju ke tapak suci umat Islam itu.
Mereka turut didakwa melakukan ritual keagamaan dan tindakan provokasi sebaik melangkah masuk ke kompleks berkenaan.
Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap 'double standard'.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
Pada 6 Oktober lalu, lebih 120 pendatang Yahudi menceroboh kawasan itu dalam percubaan melakukan ritual keagamaan. - Agensi