Salah guna kuasa: SPRM tahan dua pegawai Felda

Iklan
Azam dan Latheefa pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan dua pegawai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Pahang untuk siasatan kes salah guna kuasa membabitkan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, dua individu terbabit direman selama lima hari.

Iklan
Iklan

"Memang ada tangkapan dibuat. Kes ini masih disiasat dan maklumat lanjut saya akan berikan kemudian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Iklan

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu, identiti individu berkenaan tidak akan didedahkan.

"Identiti individu memang tidak dapat didedahkan. Kita hanya tahan namun individu itu masih belum disahkan bersalah selagi kita tidak buktikan mereka bersalah,” katanya.

Iklan