Yan Ke nafi godam laman e-bayaran UM

Iklan
Penggodam meninggalkan kata-kata yang mengaitkan dengan isu protes graduan UM di majlis konvokeysen tempoh hari yang menjadi perhatian pelbagai pihak.

PETALING JAYA - Graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya (UM) yang mencetuskan kontroversi dengan mengadakan protes semasa majlis konvokesyen, baru-baru ini menafikan penglibatannya menggodam laman web e-bayaran (e-pay) universiti terbabit.

Wong Yan Ke berkata, dia mengetahui laman web itu digodam petang semalam dan menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan situasi itu.

Iklan
Iklan

"Saya juga tidak bersetuju dengan perbuatan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Yan Kee juga turut menunjukkan gambar mesej yang dikongsinya di Facebook dua hari lalu, sama seperti tulisan yang tertera di laman web itu.

Iklan

Ia tertulis: Biar mati dari hidup melutut. Jika kata-kata saya mengancam mereka yang berkuasa, jadi biarkan. Jika gambar saya mengejutkan orang ramai, itu adalah baik. Gigi anda akan gugur, pedang saya akan naik. (I would rather die standing than live kneeling. If my words threaten those in power, so be it. If my pictures alarm the people, that is good. Your teeth come down, my sword goes up). #NoRasis #UndurVc #University of Malaya.

Sehingga jam 11 pagi tadi, laman web yang digunakan untuk semua transaksi dengan UM masih tidak dapat diakses.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Laman web Universiti Malaya digodam?

Yan Ke sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak membawa plakad di pentas majlis konvokesyen, Isnin lalu menuntut peletakan jawatan Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim.

Tindakan itu dipercayai bagi membantah ucapan Abdul Rahim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

UM kemudiannya membuat laporan polis terhadap Yan Ke kerana tidak menghormati istiadat, mengganggu protokol dan kelancarannya.

Graduan biadab: UM buat laporan polis

[VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo