SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu segera menyiasat penerbit komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kerana dibimbangi mempunyai agenda memburukkan negara.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, komik tersebut tidak wajar dijual dan diedar di sekolah kerana berbaur hasutan dan mempunyai propaganda tersendiri.
Menurutnya, beberapa sumber di laman sosial mendakwa komik tersebut dijual dan diedar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah secara meluas sejak dirasmikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tahun lalu.
Katanya, penerbit berkenaan dikatakan turut menerima peruntukan khas dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membayar sewa bangunan di ICT Mall.
"Masalah ini perlu segera dibendung bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif kerana karyanya berbaur hasutan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
DAP nafi terlibat dengan penerbitan 'komik propaganda'