SHAH ALAM - Pengusaha dobi bersetuju dengan cadangan memperluaskan kawasan larangan merokok di premis tersebut.
Pemilik Dobi Adan Laundry, Zamani Zakaria berkata, ia bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan pengguna lain dapat menghirup udara segar.
"Pada asasnya memang dobi ini adalah kawasan merokok kerana faktor keselamatan. Mesin pengering yang ada di dobi layan diri kebanyakannya menggunakan gas cecair petroleum (LPG).
"Selain itu memang kita selaku pengusaha di minta untuk tampal notis larangan merokok di premis dobi," katanya.
Semalam Kementerian Kesihatan bercadang untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di beberapa lagi tempat awam termasuk kedai dobi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dalam usaha menjadikan warga Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Mengulas lanjut, Zamani berkata, kaki lima premis bukan milik dobi dan pihaknya tidak ada kuasa untuk melarang perokok.
"Ia di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Jadi pada pandangan saya, kerjasama antara PBT dengan Kementerian Kesihatan perlu ada dalam hal ini," katanya.