Dadah lebih RM950,000 disembunyi dalam durian

Iklan
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf (tengah) menunjukkan dadah jenis Heroin yang disorokkan di dalam buah durian selepas sidang media di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Petaling Jaya hari ini. --fotoBERNAMA

PETALING JAYA - Seorang wanita ditahan dalam cubaan menyeludup 6.13 kilogram dadah disyaki heroin dianggarkan bernilai RM953,529 yang disembunyikan dalam durian sejuk beku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor Isnin lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata ia hasil serbuan di sebuah syarikat kargo oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Unit II (Selangor) Zon Tengah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan ke atas 20 kotak styrofoam mengandungi durian sejuk beku yang diikrar untuk dieksport ke Hong Kong.

"Empat daripadanya didapati mengandungi ketulan mampat berwarna putih disyaki heroin yang dibalut dengan plastik lut sinar di dalam buah berkenaan," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kuala Lumpur di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Iklan

Zulkurnain berkata, berikutan penemuan itu seorang wanita berusia 34 tahun yang menguruskan penghantaran barang berkenaan ditahan.

Wanita itu direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Iklan