BUKAN satu tetapi tiga model Canon EOS terbaharu yang ditingkatkan dengan teknologi dual piksel autofocus (AF).
Model EOS M6 Mark II, 90D DSLR dan tambahan siri terbaharu triniti lensa EOS M iaitu RF24-70MM F/2.8L IS USM serta RF15-35MM F/2.8L IS USM pastinya memikat hati peminat jenama Canon.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh, Canon terus berkembang dengan keluaran produk baharu yang lebih berkualiti.
"EOS M6 Mark II mewarisi signatur bentuk kompak dan ringan dengan pengesanan AF yang lebih baik, pemproses pengimejan DIGIC 8 dan sensor CMOS resolusi lebih tinggi sekali gus menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk merakam detik-detik berharga.
"Dengan EOS 90D pula, kami telah meningkatkan keupayaan kamera dengan dilengkapi dengan ciri multimandiri dalam kedudukan thumb dan mekanisme pelepasan shutter berkelajuan tinggi,” katanya.
Ujarnya lagi, penambahan terbaharu lensa zoom kepada lensa RF24-70mm f/2.8L IS IS USM dan RF15-35mm f/2.8L IS USM pasti akan memenuhi tuntutan mereka untuk aperture besar dengan aperture maksimum f/2.8 untuk kamera siri EOS R.
Versatil untuk semua acaraDetik berharga dalam hidup pastinya dapat dirakam secara spontan dan terancang dengan EOS M6 Mark II kerana dikuasakan dengan teknologi cukup sofistikated.
Fitur baharu itu didatangkan dengan Canon Dual Pixel CMOS Auto Focus iaitu inovasi AF Precision Tracking dan Eye-Detection AF membolehkan subjek yang sentiasa bergerak akan tetap fokus selain dapat menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.
Prestasi yang luar biasa
- EOS 90D yang dikuasakan teknologi pencahayaan DIGIC 8 yang lebih maju membolehkan kualiti imej yang luar biasa pada 32.5 megapixel dengan sensor AOS-C CMOS dan kepekaan ISO sehingga 51,200.
- Pengatup elektronik itu juga senyap dan mampu mencapai kelajuan maksimum 1/16,000 saat yang seolah-olah boleh menghentikan pergerakan pantas selain keupayaan terhadap rintangan air dan debu.
Sambungan mudah
- Bagi kedua-kedua kamera, cara untuk memindahkan video 4K daripada peranti semudah ABC kerana sudah tersedia secara automatik kepada format HD penuh selain kandungan boleh dipindahkan ke komputer atau peranti pintar dengan lancar.
- Teknologi Bluetooth Low Energy yang ditawarkan memudahkan pengguna terus berhubung dengan peranti pintar mereka selain sambungan internet.
Potensi vlog tanpa had
- Dengan keupayaan yang cukup luar biasa, EOS M6 Mark II diyakini memberikan kebebasan kreativiti dan fleksibiliti buat pengguna untuk merakam gambar atau video dengan cara tersendiri.
- Fitur baharu itu membolehkan pengguna menghasilkan imej super perlahan dengan 120p / 100p dengan format HD penuh selain penstabilan imej digital filem 5-axis EOS M6 Mark II mengurangkan getaran kamera untuk video yang lebih jelas.