Isu papan tanda: Tak masuk akal

Iklan
Nadzim Johan

HAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjunjung kasih dan menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengarahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan bahasa Cina diturunkan segera.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, titah baginda tersebut dilihat bertepatan dengan situasi yang dihadapi negara pada masa kini.

Iklan
Iklan

"Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menaikkan papan tanda berbahasa Cina itu adalah sangat tidak masuk akal dan tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Elok tutup saja DBP']

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pertikai papan tanda tulisan Cina]

[ARTIKEL BERKAITAN: Turunkan papan tanfa bahasa Mandarin]

Iklan

Sebelum ini, aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi hantaran di laman sosialnya mempersoalkan kewujudan papan tanda jalan yang menggunakan bahasa dwibahasa.

Namun begitu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han mempertahankan perkara itu dan menjelaskan bahawa papan tanda dwibahasa dibenarkan di Kampung Baru Cina dan Kampung Baru Melayu.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya papan tanda berkenaan diturunkan dan diganti dengan papan tanda yang menggunakan bahasa tunggal iaitu bahasa Melayu.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata ahli politik di negara ini sewajarnya lebih memberi fokus kepada usaha untuk membaiki negara dan mengukuhkan keharmonian kaum di negara ini.

"Ahli politik seharusnya berusaha untuk mengeratkan hubungan antara rakyat dan bukannya terus menerus mencabar mana-mana kaum atau agama," katanya.

Dalam pada itu, Nadzim turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memberikan kebenaran untuk menukarkan bahasa pada papan tanda jalan tersebut.

"Jika bukan kerana baginda bertitah, sampai bila mereka mahu terus mencabar? Apa yang mereka mahukan daripada papan tanda berbahasa Cina itu?

"Perbuatan ini sungguh kurang ajar dan mencabar perlembagaan negara. Kami berharap tiada lagi perkara seperti ini di negeri-negeri lain," katanya.