BALING - Penduduk sekitar kawasan Gunung Pulai gempar susulan tular maklumat gunung itu akan diletupkan bagi operasi kuari batu.
Wakil penduduk, Sabri Mahmud, 51, berkata, maklumat itu diterima dua hari lalu dan menjadi bualan hangat penduduk.
Menurutnya, susulan itu penduduk mengambil pendekatan berhati-hati dengan memerhati mana-mana pihak luar yang cuba masuk ke kampung itu.
"Berita terbaru itu merisaukan kami dan menjadi tanda tanya sebab sekarang ini jentera atau peralatan belum dibawa masuk.
"Jadi kami hairan bagaimana cara depa nak buat, adakah nak letupkan senyap-senyap. Jadi kami pun tengok-tengok sama sekiranya ada mana-mana pihak luar masuk ke kampung ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, kebimbangan itu berasas berikutan tiada hitam putih bahawa projek itu telah dibatalkan.
Terdahulu, Adun Bayu, Abd Nasir Idris bertemu penduduk bagi meleraikan kebimbangan mereka selain berbincang mencari jalan penyelesaian isu kuari yang diluluskan untuk beroperasi di gunung berkenaan.

Abd Nasir kiri menerangkan isu Gunung Pulai kepada jawatankuasa membantah projek kuari batu sebaik selesai pertemuan semalam.