Tiada bukti Naib Canselor UM rasis

Iklan
Dr Faiz Na'aman

SHAH ALAM – Tiada bukti mengaitkan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Abdul Rahim Hashim rasis dan menjadi boneka pihak tertentu sebagaimana didakwa oleh graduan kejuruteraan awam, Wong Yan Ke.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, tuduhan dilemparkan itu hanya berbentuk dakwaan dan diselubungi prasangka terhadap sebarang perkara berkaitan Melayu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan Yan Ke menunjukkan plakad dan menjerit ketika menerima skrol ijazahnya di majlis konvokesyen universiti terbabit baru-baru ini adalah biadab dan memalukan imej institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

"Adakah pernah Dr Abdul Rahim paksa atau promo mana-mana parti politik dalam program di kampus UM? Apa maksud kebebasan akademik yang Yan Ke laungkan jika Pusat Kajian Kecemerlangan Universiti Malaya tidak boleh menganjurkan program yang menghimpunkan ahli-ahli akademik dari IPTA-IPTA lain seluruh negara hanya kerana ada perkataan Melayu di situ?

Iklan

"Apa pula bukti yang menuduh Naib Canselor itu bersikap rasis dan mempromosi kebencian seperti yang tertulis dalam plakad tersebut?

"Saya cuba mencari sebarang rekod sama ada dalam bentuk teks atau rakaman video yang datang dari Naib Canselor tersebut yang boleh dijadikan bahan bukti untuk menunjukkan dirinya seorang rasis tetapi hakikatnya tiada!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo

Beliau turut mempersoalkan tindakan Yan Ke yang menganggap semua Melayu menyokong perpaduan sesama mereka akan bersifat rasis terhadap kaum lain.

"Bagaimana pula jika ada sultan atau Yang di-Pertuan Agong menyeru umat Islam negara ini bersatu padu ketika khutbah Jumaat atau ketika memberi ucapan sempena Aidilfitri, adakah itu juga dianggap rasis oleh Yan Ke?

"Sejak bila menyeru perpaduan sesuatu kaum itu dianggap rasis dalam negara ini? Sejak berakhirnya Kongres Maruah Melayu tersebut, saya lihat Malaysia masih aman sejahtera, tiada rusuhan menggila seperti di Hong Kong atau di Indonesia ketika zaman reformasi dulu.

"90 peratus kandungan ucapan dalam Kongres Maruah Melayu tersebut adalah menegur kekurangan orang Melayu itu sendiri. Melayu tegur Melayu, di manakah rasisnya?” soalnya.

Tambah Muhammad Faiz, beliau menyokong Yan Ke sekiranya Naib Canselor terbabit terbukti seorang yang korup, pecah amanah, tidak bermoral, melanggar undang-undang negara atau jelas menghasut supaya Melayu bermusuhan dengan kaum lain.

"Namun adakah semua itu berlaku? Oleh itu, saya menyokong agar pihak polis menyiasat perbuatan pelajar tersebut.

"Saya juga menyokong tindakan UM menahan ijazah graduan seperti ini sepertimana UiTM pernah menahan diploma seorang graduan Melayu akibat berswafoto di pentas konvokesyen universiti tersebut tidak lama dahulu,” katanya.

Terdahulu, Yan Ke menegaskan tindakannya yang menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 Isnin lalu hanya sebagai proses untuk mendemokrasikan kampus.

Menjelaskan perkara itu, Yan Ke berkata, sudah beberapa kali dia melakukan protes malah memorandum turut dihantar kepada pihak universiti, namun tiada jawapan diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tindakan saya hanya untuk demokrasi kampus'