Turki gantung operasi ketenteraan lima hari

Iklan
Erdogan (kiri) dan Pence (tengah) mengadakan pertemuan di Ankara semalam. - Foto Agensi

ANKARA - Turki bersetuju menggantung operasi ketenteraan di utara Syria bagi memberi peluang kepada kumpulan militan Kurdish untuk berundur.

Perjanjian itu dicapai dalam satu pertemuan antara Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Ankara semalam.

Iklan
Iklan

"Semua pertempuran akan dihentikan sementara selama lima hari dan AS akan membantu memudahkan pengunduran militan Kurdish keluar dari zon selamat," menurut Pence.

Bagaimanapun, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, ia bukanlah gencatan senjata sebaliknya pasukan keselamatan Ankara hanya menghentikan operasi.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, bandar Ras al-Ain di sempadan Turki dihujani bunyi tembakan dan letupan pada awal pagi tadi meskipun perjanjian telah dicapai. - Agensi