Kalau cintakan alam, usah mandi lebih tiga minit: Dr Zaini Ujang

Iklan
Bicara Minda bersama Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang (kanan) yang berlangsung di Dewan Karangkraf Seksyen 15. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Sekiranya anda mencintai dan ingin memelihara alam sekitar, janganlah mandi melebihi tiga minit.

Pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, masyarakat di Malaysia masih tidak sensitif dalam penjagaan alam sekitar.

Iklan
Iklan

"Tanya diri kita, kenapa kita masih mandi lebih daripada tiga minit. Saya ambil tiga minit kerana senang, ia lebih kurang 10 liter.

"Lebih mandi 10 liter, secara tak langsung kita guna lebih banyak air. Lebih banyak air digunakan, semakin banyak pokok terpaksa ditebang untuk menampung air, semakin banyak juga arus elektrik digunakan untuk mengalirkan air tersebut ke loji.

Iklan

"Daripada loji, air dihantar ke Shah Alam dan sebagainya. Maka kalau kita pakai sikit air, sikitlah penghasilan gas dan sebagainya,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di sini petang tadi.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu turut mempersoalkan komitmen rakyat Malaysia dalam menjaga alam sekitar.

Iklan

"Persoalan yang saya timbulkan, sejauh mana komitmen kita?

"Kalau tidak, kita umpama cakap dengan bukit, kita banyak buat macam itu sekarang. Kita marah orang sana, marah orang sini,” katanya.

Jelas beliau, pendekatan yang paling baik dalam menjaga alam sekitar adalah dengan mendidik masyarakat supaya mencintainya dan bukan melalui perundangan.

"Saya rasa kita terlalu banyak pergi kepada perundangan yang akhirnya untuk kita buktikan kesalahan itu tidak semudah disangka. Kalau pun terbukti bersalah atau boleh dibawa ke pengadilan, ia ambil masa sangat lama, akhirnya tidak beri kesan besar.

"Sebab itu saya ambil pendekatan, kaedah yang lebih baik adalah kita menghargai betapa perlunya udara segar, nyaman untuk kebaikan bersama dari segi pelancongan dan kesihatan,” katanya.