KOTA AMBON - Susulan gempa bumi dengan 6.8 magnitud yang melanda pulau Maluku dan sekitarnya September lalu menyebabkan rumah penduduk dan bangunan sekolah rosak teruk masih belum dapat dibaiki.
Susulan itu, penduduk telah membantu pihak Sekolah Oma membina sekolah sementara di lokasi pemindahan supaya pelajar masih dapat belajar walaupun serba kekurangan.
Iklan
Iklan
Dengan serba kekurangan itu, kanak-kanak mangsa gempa bumi tetap bersemangat belajar di khemah-khemah sementara yang hanya beralaskan daun kelapa.
"Sekolah Rendah Oma rosak dan tidak dapat digunakan sehingga kami membina khemah untuk sesi pembelajaran kanak-kanak.
"Apa pun keadaannya, kanak-kanak perlu pergi ke sekolah, jadi kami mendirikan khemah sementara untuk mereka walaupun mereka perlu belajar tanpa meja dan kerusi," kata salah seorang guru di sekolah tersebut, Crsitin Sekawael.
Selain kampung Oma, sekolah sementara juga sedang dibina di beberapa lokasi lain yang terkena gempa bumi di Maluku Tengah.
Berdasarkan data dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Daerah Maluku Tengah, sebanyak 52 buah sekolah rosak yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah. - Agensi