Polis kenal pasti anggota terlibat rasuah di sempadan: KPN

Iklan
Klip video aktiviti penyeludupan yang ditayangkan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sidang media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti beberapa anggotanya disyaki terbabit dengan jenayah rasuah yang menyebabkan kegiatan penyeludupan berleluasa di kawasan sempadan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung perkara itu dan mereka yang terlibat bakal berdepan dengan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah.

Iklan
Iklan

"Hasil mesyuarat bersama komander briged, pegawai pemerintah batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komander Pasukan Polis Marin pada bulan lepas mendapati terdapat beberapa kelemahan dari sudut penyeliaan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

"Sehubungan itu kami merancang untuk menambah baik beberapa perkara dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan Polis Diraja Malaysia untuk mengawal sempadan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya beberapa cadangan sudah dibincangkan secara mendalam dan tindakan lanjut sedang dilakukan secara menyeluruh sejak bulan lepas,

Iklan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini mendedahkan, terdapat ribuan klip rakaman video berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara akibat perbuatan rasuah sejak 2017.

Antara barang yang diseludup ialah minyak masak, bawang, baja, diesel, petrol dan barangan runcit yang murah di Malaysia berbanding negara jiran.

Iklan

SPRM turut menayangkan satu daripada video mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan Padang Besar, Perlis yang telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Amalan rasuah pihak berkuasa boloskan sempadan Malaysia-Thailand: SPRM