Zulhuzaimy juara All Stars Buka Panggung

Iklan
Zulhuzaimy

PELAKON dan pengarah berbakat besar, Zulhuzaimy menepati jangkaan ramai apabila diumumkan sebagai juara All Stars Buka Panggung di pentas akhir program itu yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu melayakkan bintang berusia 41 tahun membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta trofi.

Iklan
Iklan

Noorkhiriah pula memenangi tempat kedua dan memenangi hadiah berupa wang tunai RM25,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi oleh Datuk Aaron Aziz dan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi. Manakala Rita Rudaini terpaksa berpuas hati ditempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Iklan

All Stars Buka Panggung merupakan program sketsa spontan bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip yang menguji kemampuan pelakon tanah air mempersembahkan lakonan secara improvisasi tanpa menggunakan skrip.

Selain itu, rancangan ini turut memperlihatkan bakat pelakon dalam bidang nyanyian yang mana mereka perlu menyanyikan lagu yang dipilih pihak produksi.

Iklan

Persembahan peserta 100 peratus ditentukan menerusi undian online penonton menerusi www.gempak.com/allstarsbukapanggung.

Pada persaingan di pentas akhir itu, turut dimeriahkan dengan kemunculan artis undangan seperti Ropie, Ali Puteh, Ebby Yus. Manakala Mas Idayu, Juzzthin dan Nabila Razali tampil membuat persembahan nyanyian.

All Stars Buka Panggung dihoskan Ajak dan Shahrul Shiro serta diserikan dengan Seri Dewi Panggung, Erra Fazira dan ia disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125).