CHINA - Perkongsian video memaparkan ratusan orang yang didakwa tahanan Muslim Uighur tular di media sosial dan menerima kecaman netizen yang menganggap negara itu sebagai 'kuku besi'.
Video yang dimuat naik oleh @nowthisnews di Twitternya kini meraih 641,900 tontonan video, 4,100 ulang kicau.
Lebih menyedihkan video yang berdurasi 3.11 minit itu itu turut memaparkan tahanan yang ditutup mata, tangan diikat dan dibotakkan kepala diawasi anggota keselamatan yang berpakaian SWAT.
Bagaimanapun, Pegawai Kementerian Luar Negeri China tidak memberikan sebarang komen mengenai video yang tersebar itu ketika temuramah CNN.
Pihak berkuasa Xingjiang pula mendakwa tindakan tersebut sebenarnya hukuman kepada pesalah mengikut undang-undang malah turut dipraktikkan oleh beberapa negara lain.
@ejirouwu turut berkongsi rasa dengan menulis,"Seseorang sanggup merisikokan nyawanya untuk merakam, tetapi tiada liputan media yang ‘kisah’ tentang isu ini.
@Lisaaann pula menulis,"Memang banyak artikel dan kisah tentang isu ini dipaparkan tetapi sampai sekarang masih tiada apa dilakukan oleh pihak bertanggungjawab."
Link video Muslim Uighur
https://twitter.com/nowthisnews/status/1178125994164723714?s=20