Ada calon lain lebih layak

Iklan
Hamim bersama penduduk menyuarakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung baharu ketika berhimpun pada 29 Disember lalu.

JOHOR BAHRU - Lebih 300 penduduk Felda Sungai Mas, Kota Tinggi mahu kerajaan negeri mendengar rintihan dan bantahan terhadap pelantikan seorang ketua kampung baharu.

Imam Masjid Felda Sungai Mas, Hamim A Samad berkata, pada awalnya penduduk telah membuat bantahan secara bertulis mengenai dua nama yang dicalonkan sebagai ketua kampung.

Iklan
Iklan

"Kita menghantar surat ke pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi pada September 2018. Kita nyatakan sebab-sebab mengapa kami membantah calon yang dinamakan.

"Kita juga ada menghantar surat ke Pejabat Menteri Besar Johor serta Pejabat Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar pada 19 Disember 2018," katanya Sinar Harian.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, salah satu daripada calon yang mendapat bantahan penduduk sebelum ini tetap dilantik sebagai ketua kampung.

"Atas sebab itu, kita sekali lagi menyuarakan bantahan agar perkara ini mendapat perhatian daripada Menteri Besar dan Exco.

Iklan

"Kira-kira 300 penduduk Felda Sungai Mas juga telah menurunkan tandatangan membantah individu yang dicalon dan dilantik sebagai ketua kampung itu," katanya.

Beliau berkata, penduduk juga mempunyai calon lain yang disifatkan lebih wajar untuk dilantik sebagai ketua kampung dan berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan perkara itu.

Pada 29 Disember 2018, Hamim bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda Sungai Mas, Mohd Faizal Asmar dan penduduk setempat telah mengadakan himpunan aman membantah pelantikan dua nama ketua kampung baharu berkenaan.