KUCHING - Hati-hati dengan kewujudan ‘sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A Samad Said.
Beliau berkata, sepanjang perjuangannya sejak zaman reformasi ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.