Suhakam gesa Peguam Negara beri penjelasan

Iklan
Tommy Thomas - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas memberi penjelasan mengenai keputusan menggugurkan tuduhan jenayah terhadap suspek penderaan seksual seorang kanak-kanak di sekolah tahfiz di Perak.

Menurut Noor Aziah, Tommy perlu menjelaskan segera asas tindakan itu yang menggunakan budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dengan menggariskan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Demi kepentingan awam, beliau digesa beri penjelasan segera. Dalam usaha Malaysia membanteras eksploitasi seks kanak-kanak, kita tekankan bahawa kedaulatan undang-undang perlu dilaksanakan sepenuhnya kepada kanak-kanak sebagaimana dilaksanakan kepada orang dewasa.

"Kanak-kanak juga ada hak yang sama di bawah undang-undang. Kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seteruk ini harus mendapat keadilan sepenuhnya.

Iklan

"Memandangkan kesalahan yang dituduh tersebut amat serius kita percaya ibu kepada mangsa berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah tahfiz tersebut," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Noor Azizah turut mengingatkan media supaya tidak mendedahkan nama ibu mangsa dalam kes seumpama itu kerana mungkin menyebabkan identiti mangsa dapat dikenalpasti.

Iklan

"Perkara ini dilarang di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggariskan bahawa berdasarkan konsep maruah, setiap kanak-kanak seharusnya diiktiraf, dihormati, dilindungi sebagai pemegang hak serta sebagai manusia yang unik dan berharga selain ada personaliti tersendiri, keperluan, kepentingan dan privasi yang berbeza," katanya.