13 terbunuh empangan runtuh di lombong emas Siberia

Iklan
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila empangan runtuh di lombong emas di rantau Krasnoyarsk Siberia. -Foto Agensi

MOSCOW - Sekurang- kurangnya 13 pekerja terbunuh apabila empangan runtuh di lombong emas di rantau Krasnoyarsk Siberia awal pagi tadi, kata Kementerian Kecemasan Rusia.

"Setakat ini, terdapat maklumat mengenai 13 orang mati," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, menurut pihak berkuasa, pekerja maut apabila empangan di Sungai Seiba runtuh pada awal pagi tadi dan membanjiri beberapa kabin di mana mereka tinggal.

Lebih daripada 10 orang dipercayai hilang dan 14 pekerja dimasukkan ke hospital.

Iklan

Menurut pihak berkuasa, mereka membuka siasatan di bawah kes jenayah kerana melanggar peraturan keselamatan

Sehingga kini, lebih 270 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Iklan

Gabenor Serantau Alexander Uss berkata dalam ulasan televisyen, bahawa kira-kira 80 orang tinggal di penempatan sementara di selatan bandar Krasnoyarsk.-AFP