Tentera Israel bunuh pemuda Palestin

Iklan
Jenazah mangsa ditutup plastik hitam selepas ditembak tentera Israel di selatan Tulkarem, Tebing Barat semalam.

RAMALLAH - Seorang pemuda Palestin menjadi mangsa kekejaman terbaru rejim Zionis apabila ditembak mati di Tebing Barat semalam.

Mangsa berusia 20-an ditembak di pos pemeriksaan tentera berhampiran perkampungan Khirbet Jabara, selatan Tulkarem.

Iklan
Iklan

Laporan The Palestinian Information Center yang memetik kenyataan media Israel menyebut, mangsa terkena beberapa das tembakan dan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Bagaimanapun saksi di tempat kejadian berkata, nyawa mangsa boleh diselamatkan sekiranya tentera Israel tidak melengah-lengahkan kehadiran paramedik Palang Merah.

Iklan

Sementara itu, tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa, pemuda tersebut cuba melancarkan serangan dengan berlari ke arah pegawainya sambil menghunus sebilah pisau.

Sehingga semalam, tiada maklumat diterima mengenai identiti mangsa.

Iklan

Kelmarin, polis Israel berpakaian biasa melepaskan peluru hidup terhadap seorang rakyat Palestin di dalam kenderaan dipandunya di kem pelarian Al-Amari.

Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital. - Agensi