Tiga lelaki di Kemboja didakwa rogol pelancong Perancis

Iklan
Gambar hiasan

PHNOM PENH - Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Kemboja atas tuduhan merogol seorang pelancong Perancis di wilayah pantai Kampot selepas menaiki kereta mereka, kata pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kampot, Mao Chanmathurith berkata, tiga suspek itu ditangkap pada Selasa dan Rabu selepas wanita berusia 43 tahun melaporkan serangan seksual Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek mempelawa untuk menghantar pulang mangsa ke penginapannya ketika dia berjalan bersendirian pada jam 3 pagi sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaan.

"Mangsa kemudian telah dibawa ke kawasan yang sunyi lalu merogolnya," katanya.

Iklan

Tertuduh, seorang pemandu teksi berusia 36 tahun dan dua pekerja pembinaan berusia 19 dan 23 menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Daerah Kampot hanya empat jam di barat daya ibu kota Phnom Penh, adalah destinasi popular bagi pelancong asing yang mencari alternatif pantai tenang dengan tempat menarik seperti Siem Reap, rumah kompleks kuil Angkor Wat.

Iklan

Tetapi sejak kebelakangan ini, reputasi wilayah pesisir pantai itu dicemari apabila penggunaan dadah semakin berleluasa dan menggalakkan peniaga asing dan tempatan menjual barang terlarang itu kepada orang ramai termasuk pelancong.

Pada 2013, bandar itu dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita Perancis berusia 25 tahun yang terapung di sungai.

Seorang warga Belgium didakwa atas dakwaan rogol dan pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan dengan ikat jamin setahun kemudian kerana kekurangan bukti. - AFP