Dr Mahathir saran usahawan desa guna teknologi, mesin

Iklan
Dr Mahathir menyampaikan ucapan menerusi rakaman video semasa majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2019 hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa usahawan desa memajukan perniagaan dengan menggunakan teknologi dan mesin.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan mesin mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Iklan
Iklan

"Kita kena upgrade (naik taraf) majukan industri dengan menggunakan mesin. Tak mahal. Yang murah- murah pun ada," katanya sambil meminta usahawan desa lebih rajin agar tidak ketinggalan.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2019 hari ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menubuhkan agensi pemasaran bagi memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk memperluaskan produk usahawan luar bandar.

Iklan

Beliau yang berucap menerusi rakaman video berkata, antara perkara yang boleh dilakukan ialah membentuk perkongsian pintar antara komuniti usahawan luar bandar dan pihak berkepentingan.

"Ia termasuk dengan pihak swasta bagi meningkatkan jaringan dan rantaian pemasaran pembekalan dan pengeksportan," katanya.

Iklan

Menurutnya, usahawan luar bandar juga perlu meningkatkan daya saing perniagaan melalui penggunaan mesin dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos serta memastikan konsistensi kualiti produk.

Beliau berkata, kerajaan mahu memupuk budaya keusahawanan melalui latihan dan perintis dalam perniagaan dan perusahaan yang sedia ada.

"Mereka akan diberi peluang jika layak dan latihan disediakan," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada perusahaan kecil dan sederhana bumiputera.

"Dana berjumlah RM52 juta juga disediakan untuk pelaksanaan pelbagai program keusahawanan dan latihan industri tani supaya dapat menarik golongan muda menceburkan diri dalam bidang agro makanan.

"Bagaimanapun, usahawan perlu berusaha kerana rezeki tidak akan datang melayang atau bergolek kepada kita," katanya.