Masyarakat tanpa mengira kaum perlu jaga alam sekitar: Mujahid

Iklan
Dr Mujahid (empat, kanan) menanam pokok bakau pada Program 'Clean and Green: Rahmah For All' di Kampung Pulau Ketam, hari ini. -Foto Bernama

PELABUHAN KLANG - Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama perlu bersama-sama berganding bahu menjaga dan membersihkan alam sekitar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, semua agama yang dianuti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menerapkan prinsip-prinsip menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.

Iklan
Iklan

"Islam mengajar supaya menjaga kebersihan sehingga dikatakan oleh bijak pandai bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman, saya percaya perkara ini turut diajar dalam agama lain kerana apabila kita bersih, pemakanan kita bersih dan persekitaran kita bersih," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutup Program"Clean and Green: Rahmah for All” di Pulau Ketam di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Iklan

Program berkenaan merupakan inisiatif Jawatankuasa Solidariti Keamanan yang dipengerusikan oleh Mujahid.

Program itu berkonsep menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum dan agama serta menonjolkan beberapa elemen kebersamaan dengan menekankan elemen keharmonian, perpaduan, kebersihan dan penjagaan kesihatan kendiri.

Iklan

Pada program berkenaan, sebanyak 50 keluarga fakir dan miskin dan 21 keluarga orang asli dari Pulau Ketam menerima sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mujahid berkata, pihaknya akan mempergiatkan program seumpamanya yang bertepatan dengan konsep Rahmah yang ada dalam Rahmatan Lil Alamin.

"Insya-ALLAH dengan peruntukan RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk dasar baru ini, kita akan memperbanyakkan program seumpama ini pada tahun depan," katanya. -Bernama