Saranan mandi tiga minit jadi bahan gurauan netizen

Iklan
Antara komen yang dikongsikan netizen susulan saranan mandi tiga minit untuk menyelamatkan alam sekitar.

SHAH ALAM - Saranan pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang mencadangkan rakyat di negara ini supaya mandi tidak melebihi tiga minit bagi menjaga kelestarian alam sekitar dilihat mendapat reaksi pelbagai daripada kalangan pengguna media sosial.

Sebahagiannya melihat saranan itu sebagai idea yang tidak logik kerana sangat mustahil untuk mandi dalam tempoh singkat.

Iklan
Iklan

Berdasarkan undian di Facebook yang dibuat sehingga jam 8 malam tadi, sebanyak 85 peratus pengundi tidak akan membuat saranan tersebut sementara 15 peratus menyatakan persetujuan. Jumlah pengundian ialah seramai 12,100 orang.

Menurut pemilik akaun Facebook, Pg Hasnul, pakar tersebut sepatutnya mencadangkan jumlah penggunaan air bukan tempoh masa.

Iklan

"Apa kena-mengena dengan tiga minit, pelik. Berus gigi saja sudah tiga hingga empat minit, belum lagi cuci muka, siram air pada badan, bersabun serta bersyampu," katanya.

Sementara itu, Daniel junior Lah berkata, dia mengambil masa selama 20 minit untuk mandi pada setiap hari.

Iklan

"Mandi apa tiga minit? Saya paling kurang 20 minit, nanti tak selesa, semua kena sental. Kalau tiga minit nak sental apa?" soalnya.

Bagaimanapun komen Asman Rahman turut mencuit hati apabila dia bertanya sama ada perlu menggunakan jam loceng untuk membolehkan dia mandi dalam tempoh tiga minit.

"Perlukah saya letak jam loceng di dalam bilik air untuk memudahkan masa jangkaan tiga minit yang disarankan oleh pakar," tulisnya.

Menurut Samsor Junet, pakar terbabit sepatutnya menggunakan contoh lain yang lebih baik bagi memberi kefahaman kepada orang ramai untuk menjimatkan air.

"Kucing lagi pandai jimat air, pakai lidah dia je mandi. Prof carilah contoh lain. Tiga minit ni mandi kerbau namanya walaupun pakai air pancuran di rumah," katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memberi reaksi positif terhadap cadangan tersebut.

Menurut Khairy Ziz, tujuan sebenar saranan itu adalah untuk mengurangkan pengambilan air yang digunakan setiap rumah, sekali gus mengurangkan pencemaran dan perbelanjaan.

"Tidak semestinya dalam tiga minit tapi mengurangkan tempoh pengambilan air yang berlebihan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau cintakan alam, usah mandi lebih tiga minit: Dr Zaini Ujang