Syarikat media perlu tumpu penerbitan khusus: Chamil Wariya

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kempen tidak akan mampu ‘memujuk’ generasi masa hadapan membeli akhbar kerana mereka hanya akan mengakses maklumat dan berita secara atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkata, industri media di negara ini dijangka mengalami proses perubahan yang sama seperti di Amerika Syarikat akibat gangguan digital pada pertengahan 1990-an.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih 100 akhbar di negara terbabit gulung tikar apabila portal berita atas talian menguasai industri tersebut yang tetap memberi keuntungan kepada syarikat media melalui pengiklanan.

"10 tahun akan datang, surat khabar di Malaysia kalau dapat bertahan jualan 50,000 naskhah sehari, itu sudah bagus. Saya tidak nampak generasi masa hadapan akan membeli surat khabar.

Iklan

"Buatlah apa sahaja kempen, mereka tak akan buat demikian. Portal berita pula selepas ini akan jadi lebih khusus contohnya politik, teknologi, kesihatan atau hiburan.

"Bukan lagi umum kerana ini pasaran masa depan. Malaysia akan bergerak ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau yang juga pensyarah sambilan pengajian Master Keusahawanan Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, selain bersifat khusus, organisasi media itu perlu ‘kurus’ dengan jumlah kakitangan yang berpengalaman.

Menurutnya, The Wall Street Journal di Amerika Syarikat mengaut keuntungan melalui portal dengan lebih 1.5 langgan kerana memberi pengkhususan terhadap perniagaan.

"Di Malaysia contohnya News Straits Times (NST) memberi fokus kepada pelanggan di bandar maka isi kandungan akhbar mesti memenuhi kehendak orang bandar.

"Sinar Harian pula berbentuk komuniti dengan berita luar bandar dan jika dikekalkan saya rasa ia dapat bertahan dan pengiklan akan membeli ruang termasuk dalam digital,” katanya.