GRO leka layan pelanggan terkedu pusat hiburan diserbu

Iklan
Antara yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka melayan pelanggannya di sebuah pusat hiburan terkedu apabila premis itu diserbu polis awal pagi tadi.

Operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi Ops Noda di Jalan Loke Yew di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu berjaya menahan 22 wanita warga asing berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun disyaki GRO.

"Dipercayai pusat hiburan itu beroperasi dengan menggajikan wanita terbabit sebagai GRO.

Iklan

"Susulan itu, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 42 yang berperanan sebagai penjaga serta perantara telah ditahan beserta rampasan resit jualan dan wang tunai RM350," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis yang disyaki telah beroperasi sejak setahun lalu itu pernah digempur beberapa kali sebelum ini.

Iklan

Katanya, operasi ini turut memeriksa seramai 37 pelanggan termasuk lima wanita.

"Ujian air kencing yang dijalankan mendapati enam daripada mereka berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun positif dadah," katanya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.