Pelajar di India dipaksa pakai kotak elak meniru

Iklan
Pelajar sebuah kolej di India memakai kotak kadbod ketika menjawab soalan peperiksaan.

KARNATAKA - Pelajar di sebuah kolej swasta di Karnataka, India dipaksa memakai kotak kadbod bagi mengelakkan mereka meniru ketika peperiksaan.

Gambar pelajar Kolej Pra-Universiti Bhagat di Haveri duduk di dalam kelas sambil memakai kotak kadbod itu kini tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan dalam gambar, pengawas peperiksaan yang memerhati para pelajar menjawab kertas ujian pada 16 Oktober lalu.

Tindakan insititusi terbabit mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan sama ada langkah tersebut benar- benar perlu.

Iklan

Menteri Pendidikan Karnataka, S Suresh Kumar yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak wajar berkata, tindakan tegas akan diambil bagi menangani insiden berkenaan.

Sementara itu, ketua kolej terbabit, MB Satish pula mendakwa sebuah kolej di Bihar turut menggunakan kaedah sama dan menerima pujian ramai di media sosial. - Agensi

Iklan