KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak akan menyerahkan kepada undang-undang sekiranya Petronas masih tidak membayar cukai jualan lima peratus terhadap minyak dan gas yang dikeluarkan dari perairan negeri berkenaan.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya Petronas yang diberi masa sehingga akhir Oktober ini, masih gagal berbuat demikian.