Siklon Mona dijangka badai Fiji

Iklan
Siklon Tropika Mona dipercayai mula bergerak di tenggara dan dijangka melintasi beberapa pulau terpencil. - Foto Fiji Met Service
WELLINGTON - NEW ZEALAND. Perkhidmatan Kaji Cuaca Fiji mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang yang mampu membawa kerosakan ke negara pulau itu, hari ini.

Siklon Tropika Mona dipercayai mula bergerak di tenggara dan dijangka melintasi beberapa pulau terpencil.

"Terdapat risiko banjir kilat di kawasan yang rendah dan sering dinaiki air. Oleh itu, semua komuniti yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir dan berlaku tanah runtuh diminta mengambil langkah berjaga-jaga,” kata pemangku pengarah kaji cuaca, Viliame Vereivalu.

Fiji pernah dibadai Siklon Winston pada Februari 2016 yang menyebabkan 44 kematian dan memusnahkan puluhan ribu rumah. - AFP