Qantas buat penerbangan terus dari New York ke Sydney

Iklan
Pesawat 7879 itu mendarat di Sydney dari New York selepas melakukan perjalanan sejauh 16,200 kilometer yang mengambil masa selama 19 jam 16 minit.

MELBOURNE - Qantas milik syarikat penerbangan Australia berjaya melakukan penerbangan terus tanpa henti dari New York ke Sydney yang bertujuan untuk meneliti bagaimana perjalanan pesawat komersial selama hampir 20 jam memberi impak kepada juruterbang, kru dan penumpang.

Pesawat 7879 yang menggunakan Boeing 787-9 Dreamliner itu yang membawa 50 penumpang dan kru selamat mendarat di Sydney pada tadi selepas melakukan perjalanan sejauh 16,200 kilometer selama 19 jam 16 minit.

Iklan
Iklan

"Ia adalah detik bersejarah buat Qantas dan penerbangan Australia serta dunia," kata Ketua Pegawai Ekesekutif Qantas, Alan Joyce.

Permintaan perkhidmatan perjalanan udara yang semakin meningkat menyebabkan syarikat penerbangan kini berusaha untuk menyediakan perjalanan jarak jauh.

Iklan

Bagi memenuhi julat itu, penerbangan Qantas cuba membuat ujian dengan menggunakan bahan api pada tahap maksimum, membawa kumpulan penumpang yang kecil dan turut meminumkan jumlah berat bagasi serta tidak membawa kargo.

Matlamat mereka adalah untuk mengumpulkan data bersama pasukan penyelidik bagi memantau situasi sepanjang penerbangan itu.

Iklan

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan serta mengurangkan kesan lesu pesawat (jet lag) dan mengenal pasti tempoh rehat dan waktu bekerja kru yang optimum," ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Qantas juga merancang untuk melakukan ujian penerbangan terus tanpa henti dari London ke Sydney sebelum perkhidmatan itu dimulakan pada 2022 atau 2023.

Sebelum ini, Singapore Airlines memegang rekod melakukan penerbangan komersial secara terus tanpa henti dari Singapura ke New York yang mengambil masa selama kira-kira 18 jam. - Agensi