'Majlis mewah tapi guna pinggan, besen plastik kualiti pasar malam'

Iklan
Bonda Rozita meluahkan kekesalahannya di Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

SHAH ALAM - Tindakan Majlis Asean Award menghidangkan makanan menggunakan pinggan plastik mengundang pelbagai reaksi termasuk pengasas produk kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim dan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail.

Rozita yang merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya dan kesal dengan tindakan pihak penganjur kerana perlu membayar jumlah yang banyak untuk meja di majlis tersebut.

Iklan
Iklan

"Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan satu meja ni kena bayar RM50,000 untuk 10 tempat duduk tau. Kalau dekat rumah macam ini kita hidangkan tetamu dah kena carut kata chef wan dan ahli korporat lain!

"Kami yang duduk semeja ketawa serentak dan terakam pula muka kri, terkejut..ehh betul ke plastik.. VVIP lain semeja dengan saya komen benda sama malam tadi majlis Asean reward..Jimmy Choo, menteri dan entrepreneur asean"bukan calang kepalang".

Iklan

"Terpukau bila mereka serve pakai pinggan plastik dan besen basuh ikan je. Moral of the story, tempat prestij bukan jaminan mewah dan tempat kampung tak semestinya ketinggalan zaman.

"Adab melayani tetamu di hotel mewah selalunya pinggan dan kemasannya serba mewah sebab bayar mahal. Kalau berkelah atau warung kecil kita faham pakai pinggan plastik.. (Saya tak akan makan dan minum dalam plastik sebab saya tau toksin)," kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita.

Iklan
Chef Wan, Bonda Rozita dan ALiff antara tetamu yang hadir pada Majlis Asean Award.

Redzuawan atau Chef Wan turut memuat naik status dan berkongsi video memberitahu,"Aliff Shukri beritahu pada saya, mangkuk ini dah macam kantin sekolah pula. Kitorang semua ketawa. Pertama kali saya lihat pinggan melamin itu saya terkejut."

"Terutama anugerah sebegini yang melibatkan 40 negara luar yang datang yang dihadiri oleh ahli perniagaan yang terkemuka dan tak tahu maca mana katering mereka ini tiada set yang sepatutnya untuk diletakkan.

"Jadi patutlah saya lihat ramai orang mengadu dan sedih kerana ada setengah daripada tetamu yang membayar RM3,000 ke RM5,000 untuk satu meja, pihak penganjur dan katerer selepas ini buatlah elok-elok terutama melibatkan 40 buah negara yang menerima anugerah dan saya pasti ini bukan kesan yang baik untuk kita berikan pada tetamu luar negara."

Perkongsian Bonda Rozita dan Chef Wan di Instagramnya tular di media sosial yang meraih 122,591 tontonan, 24,300 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikongsikan serta ada yang berkongsi pengalaman sama.

Netizen turut bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Bonda Rozita dan Chef Wan.

Tulis ieqaahh di Instagram, Memang betullah juga, ini bukan majlis anugerah dekat sekolah, ini majlis yang melibatkan banyak negara dan majlis besar. Tetamu luar pun tahu menilai juga hidangan ini. Tak masuk akal lah pula mangkuk lauk macam penyeduk dekat rumah yang kita makan ramai-ramai.

"Memang terkejut gila kalau tempat mewah macam ni gunakan pinggan kedai dua ringgit," kata si.mple9889 di Instagram