PASIR MAS - Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkuat kuasa hari ini.
Mohamad Roy Suhaimi yang berasal dari Johor dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.