Penjawat awam Kedah dapat RM750
Iklan
Mukhriz (kanan) dan barisan Exco Kedah memegang buku Bajet 2020 Kedah, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
ALOR SETAR - Penjawat awam di Kedah bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM750 pada Disember ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada pembentangan Belanjawan 2020 Kedah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang DUN Kedah ke-14 semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peruntukan RM5 juta itu melibatkan semua pegawai, kakitangan dan anggota pentadbiran negeri termasuk kontrak melibatkan lebih 6,000 penjawat awam.
"Ia sebagai penghargaan atas sumbangan kakitangan awam yang melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan dedikasi,” katanya.
Iklan
Mukhriz berkata, dalam memperkukuhkan tadbir urus berintegriti, kerajaan negeri menyediakan peruntukan mengurus dan pembangunan dalam bentuk pemberian dan projek sebanyak RM1.6 juta kepada setiap Exco.
"Exco akan diberikan tugas baharu menjaga kawasan angkat, perincian akan diumumkan kemudian. Ia bagi membolehkan Exco memberi tumpuan kepada DUN tertentu supaya kemudahan dapat dirasai di kawasan terbabit,” katanya.
Iklan
Menurutnya, sejumlah RM200,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan manakala RM70,000 kekal untuk setiap ADUN pembangkang.
"Sebanyak RM150,000 pula diperuntukkan untuk setiap Penyelaras DUN. Kesemua peruntukan ini boleh digunakan untuk bekalan, bantuan dan projek kecil di kawasan masing-masing,” katanya.
Mukhriz juga meminta semua pihak berbelanja secara berhemah untuk mengurangkan kos operasi melalui amalan mendigitalkan perkhidmatan.
"Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan soalan kepada Dewan secara atas talian. Perancangan juga dibuat untuk jalankan persidangan DUN secara digital pada tahun hadapan,” katanya.
Menurutnya, dalam merancakkan sektor ekonomi, RM5.88 juta diperuntukkan untuk pembangunan pertanian mengikut kluster, iaitu Langkawi (Kelapa Pandan/Padi Pulut), Kubang Pasu (Mangga Harumanis/Nanas/Jagung), Pokok Sena (Pisang/Mangga Harumanis), Padang Terap (Padi Wangi/Cendawan), Pendang (Nangka Madu/Sayuran), Kuala Muda (Padi/Nanas), Sik (Padi Organik), Baling (Rambutan), Kulim/Bandar Baharu/Yan (Durian).
"Kita sambut baik pelaksanaan penanaman padi pulut di Langkawi. Projek ini dimulakan di kawasan seluas 93.9 ekar tahun ini dan akan berkembang kepada 4,942 ekar pada 2021.
"Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pula terlibat dalam empat projek utama, ‘Superfruits’ di Kampung Bukit Kura, Padang Terap; tiram di Sungai Merbok, Kuala Muda; padi organik di Kampung Lintang, Sik serta ‘Hemp’ di Bukit Tangga, Kubang Pasu," katanya.
Mukhriz berkata, Institut Pengurusan Pertanian Organik Bersepadu Kedah (INSPEK) juga akan ditubuhkan dengan kerjasama antara Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah), NCIA, Universiti Utara Malaysia (UUM), Syarikat Sri Lovely dan Koperasi Agro Belantik, sebagai Pusat Latihan Padi Organik pertama dalam negara.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam