Muntah darah terjatuh Bukit Tabur West

Iklan
Anggota bomba memberi pertolongan cemas kepada mangsa yang terjatuh dari ketinggian 20 meter dari Puncak 7, Bukit Tabur West, Ampang semalam.

SHAH ALAM - Seorang pendaki terjatuh dari ketinggian 20 meter dari Puncak 7, Bukit Tabur West, Ampang pagi tadi.

Mangsa, Chong Chan Hoe, 32, dilaporkan mengalami kecederaan pada badan dan muntah darah.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 pagi.

"Seramai enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke tempat kejadian," katanya.

Iklan

Hafisham berkata, pasukan bomba yang tiba pada jam 9. 05 pagi berusaha membantu menyelamat mangsa yang terjatuh.

"Anggota bomba berjaya membawa mangsa turun dan dihantar ke Hospital Ampang oleh ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)," katanya.

Iklan