Dipenjara enam bulan ugut tikam abang

Iklan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah ugut tikam abang sendiri menggunakan pemutar skru.

Hukuman itu diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Zamzuri Mohd Zawawi, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu menikam Zamrullah, 46, dengan niat menimbulkan rasa takut di sebuah rumah di Kampung Sekati, Manir, di sini jam 5 petang pada 6 Mei lalu.

Dengan itu tertuduh boleh dipenjara selama tempoh sehingga tujuh tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, tindakan ugutan jenayah itu dilakukan selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan tertuduh kerana mangsa mempersoalkan berapa lama lagi adiknya mahu tinggal di rumah sewanya itu.

Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan soalan mangsa bertindak mengugut mahu menikam mangsa menggunakan pemutar skru.

Iklan

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Manir dan tertuduh ditahan di tepi jalan Kampung Sekati, Manir, di sini, jam 2.15 petang pada 9 Mei lalu.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.