Dua sahabat berdepan hukuman mati

Iklan
Mohamad Amier Amzar (dua, kanan) dan Muhammad Noor Izwan ketika tiba di Mahkamah Majistret Batu Gajah, pagi tadi.

BATU GAJAH - Dua sahabat termasuk seorang remaja berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini atas tuduhan membunuh dan melupuskan mayat seorang pekerja ladang lembu di Kampung Gajah, bulan lalu.

Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 22 dan Muhammad Noor Izwan Mat Zamin, 19 mengangguk faham akan pertuduhan yang dibacakan bersama di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama membunuh hingga menyebabkan kematian Md Ovaidul, seorang warga Bangladesh di Sungai Kinta kawasan Sungai Galah antara jam 8.20 malam hingga 10.20 malam, 15 Disember lalu.

Iklan

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melupuskan mayat si mati dengan niat untuk menyembunyikan pembunuhan yang menyebabkan mereka terlepas hukuman.

Iklan

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim sementara kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mahinderjit Singh.

Terdahulu, mahkamah membenarkan Mohamad Amier Amzar yang juga anak kepada pemilik ladang lembu terbabit dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta dalam tempoh 30 hari untuk pemerhatian psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan, hari ini selepas Mahinderjit dalam rayuannya meminta tertuduh dihantar ke hospital berkenaan bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Mahinderjit berkata, permohonan berkenaan adalah permintaan keluarga kerana tertuduh yang telah berkahwin sejak dua tahun lalu itu disyaki tidak sempurna akal.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai sebutan semula kedua-dua kes.