SEREMBAN - Seorang wanita dipercayai sengaja membuat laporan palsu semata-mata bagi mengelak dikenakan denda kerana kehilangan dokumen pengenalan diri.
Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis menerima satu laporan dibuat wanita berusia 48 tahun itu jam lebih kurang 1.16 petang tadi.
"Wanita itu mengatakan dirinya telah disamun pada hari ini semasa berada di hadapan sebuah bank di Seremban 2 pada jam lebih kurang 6.15 pagi.
"Bagaimanapun berdasarkan siasatan dijalankan, wanita itu dipercayai sengaja membuat laporan palsu semata-mata untuk mendapatkan salinan laporan polis bagi urusan menggantikan dokumen diri yang hilang serta mengelak dikenakan denda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu, wanita terbabit disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana ia adalah satu perlakuan jenayah yang menyusahkan pihak polis sehingga terpaksa menyiasat kes yang tidak pernah berlaku," katanya.