5,000 muat turun aplikasi Park@Perak

Iklan
Choo Kiong (hadapan enam kiri), bersama ketua-ketua kampung baharu, sempena majlis berkenaan pagi tadi.

IPOH - Sejak 1 Januari 2019 lalu, lebih 5,000 pengguna didapati telah memuat turun aplikasi Park@Perak yang dilancarkan oleh Kerajaan Perak.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Yong Choo Kiong berkata, jumlah berkenaan agak membanggakan dan menjangkakan lebih bertambah selepas ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, orang ramai masih boleh menggunakan kupon parkir sedia sekiranya masih belum memuat turun aplikasi berkenaan.

"Ini satu perkembangan yang baik. Baru dua hari dilancarkan, 5,000 orang sudah download (muat turun), di telefon (android), masing-masing.

Iklan

"Bagi pengguna telefon pintar (iPhone), mereka boleh muat turun aplikasi ini mulai 20 Januari 2019," katanya.

Choo Kiong berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baharu di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi.

Iklan

Tambah Choo Kiong orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi berkenaan kerana ia lebih mudah untuk digunakan.

Bagaimananapun katanya, orang ramai masih boleh menggunakan kupon sedia ada.

"Kita memang galakkan orang ramai gunakan aplikasi ini, tetapi bagi golongan tua mungkin ada kesukaran.

"Mereka boleh gunakan kupon kerana selepas ini kita akan seragamkan kupon parkir agar boleh digunakan di seluruh negeri.

Sementara itu Choo Kiong berkata, kerajaan negeri juga dalam proses menyeragamkan harga kupon parkir di seluruh negeri demi kemudahan orang ramai.

Katanya, perkara berkenaan akan dibawa ke pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diwartakan.

"Di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), RM0.60 sejam, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) RM0.40 sejam dan Majlis Bandaraya Ipoh RM0.60 sejam.

"Oleh itu, kita mahu seragamkan harga iaitu setengah jam RM0.30, RM0.60 (sejam) dan RM4.00 bagi sehari di seluruh negeri agar memberikan kemudahan kepada orang ramai serta pelancong," katanya.