Kunci tayar kereta, pengawal keselamatan bergelut dengan pemilik kereta

Iklan
Lelaki berkenaan beredar selepas dileraikan oleh seorang lelaki dipercayai rakannya.

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium di Setapak di sini cedera dalam satu pergelutan dengan seorang pemilik kereta gara-gara tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci.

Dalam satu klip video berdurasi 1 minit 4 saat yang dimuat naik di Facebook petang tadi, kelihatan pengawal keselamatan berkenaan yang berlumuran darah sedang bergelut dan cuba menangkap penyerangnya namun dileraikan oleh seorang lelaki.

Iklan
Iklan

Kereta jenis Honda yang tayarnya dikunci kerana diletakkan di parkir OKU.

Pengawal keselamatan warga asing berkenaan cuba menghentikan pendarahan pada bahagian telinganya dengan tangan sambil ditenangkan oleh rakan sekerjanya.

Iklan

Melalui klip video berkenaan juga, terdapat sebuah kereta jenis Honda dikunci tayarnya kerana diletakkan di parkir orang kurang upaya (OKU)

Difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap video berkenaan.

Iklan

Lelaki berkenaan beredar selepas dileraikan oleh seorang lelaki dipercayai rakannya.