Beli 'boxer' dapat 'panties'

Iklan
Paparan kenyataan Nurul Riduan setelah menerima barang lain yang dibelinya.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi gambar seluar dalam wanita yang diterimanya selepas membuat pembelian seluar dalam lelaki (boxer) menerusi sebuah aplikasi beli belah atas talian popular.

Perkongsian pemilik Facebook, Wan Ichigo mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata bersimpati walaupun ada menganggapnya sesuatu yang lucu.

Iklan
Iklan

Berkongsi pengalaman itu, Wan Ichigo atau nama sebenarnya Nurul Riduan Nor Ashaha, 34, berkata, dia membuat pembelian boxer di portal berkenaan pada harga RM17.10, Rabu lalu tetapi menerima seluar dalam wanita yang dikirim dari Kuala Lumpur.

"Ini pertama kali saya membeli dapat barang yang silap. Kalau silap saiz saya boleh terima tetapi kejadian ini sangat mengejutkan dan melucukan.

Iklan

"Barang tersebut sampai pada Jumaat lalu. Bayangkan saya membuka bungkusan depan adik perempuan dan isteri. Saya terkedu. Isteri dan adik saya terus ketawa.

"Mulanya risau juga sebab takut isteri persoalkan tetapi mujur sewaktu pembelian dia melihat apa yang saya lakukan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Antara reaksi netizen yang menggangap perkara tersebut mencuit hati.

Kakitangan sebuah syarikat swasta itu berkata, dia sudah membuat laporan kepada aplikasi e-dagang berkenaan dan syarikat itu memohon maaf di atas kesilapan mereka.

Menurutnya, walaupun barangan itu akan diganti tetapi dia mula khuatir untuk membeli barangan dalam talian.

"Saya tidak ragu-ragu untuk membeli di aplikasi berkenaan kerana tidak pernah berdepan sebarang masalah sebelum ini.

"Lagipun, aplikasi berkenaan agak terkenal dan harga barangan berpatutan. Nasib saya tidak baik kali ini apabila lain dibeli lain pula yang saya terima," katanya

Nurul Riduan telah membeli boxer seperti yang ditempahnya melalui paparan screenshot.