DHAKA - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan terhadap ribuan umat Islam Bangladesh yang membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook hari ini.
Kenyataan itu didakwa dimuat naik seorang pemuda Hindu sehingga mencetuskan ketegangan di bandar Borhanuddin dalam daerah Bhola yang menyaksikan kira-kira 20,000 penduduk Islam mengadakan protes dan menuntut hukuman bunuh ke atas suspek.