JERLUN - Orang ramai di sekitar Kampung Pida empat, Ayer Itam, di sini 'dikejutkan' dengan puting beliung yang dikatakan berlaku sebentar tadi semasa ribut melanda negeri berkenaan.
Video yang baharu sahaja dimuat naik oleh Penang Kini di Facebooknya pada jam 5 petang tadi kini tular di media sosial dan mereka turut memberitahu"Belalai air di Kampung Pida 4, Ayer Itam, Jerlun sebentar tadi. Penduduk melaungkan azan memohon perlindungan dari Ilahi."